Makanan Untuk Kulit ~



Hai. Assalammualaikum :)

Semua orang nak kulit cantik,cerah, anjal , sesemua tu kan. So, arnab nak bagitahu jenis makanan yang boleh membantu kita semua untuk mempunyai kulit idaman hati. Mana ada orang nak kulit berminyak, berjerawat semua tu kan? Boleh lah tukar cara pemakanan untuk mencantikkan kulit dan menipiskan perut.





1.Makanan yang Kaya Antioksidan.

Terdapat pelbagai kebaikan antioksida. Makanan yang kaya dengan antioksida mempertahan kulit dan menganjalkan kulit. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti beri biru, beri hitam, delima, epal dan mana-mana buah dengan warna yang gelap. Semakin gelap, semakin tinggi tahap antioksidan di dalam makanan.

2.Air.

Minum air yang cukup. Badan berair membolehkan cecair mengalir antara sel dan menyebabkan kulit kekal anjal dan elastik.

3.Teh Hijau.

Teh hijau memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria dan antiviraldan kaya dengan antioksida polyphenol. Vitamin C, D, K, riboflavin, kalsium, magnesium, zink dan zat besi juga terkandung dalam teh hijau. Mengamalkan pengambilan teh hijau bukan sahaja membantu dalam diet tetapi juga memperbaik kulit. Teh hijau digalakkan minum semasa panas.

4.Tomato.

Tiada makanan yang lebih baik dari tomato untuk kulit. Selain mencerahkan kulit, tomato yang kaya dengan beta karotin hebat dalam melawan kesan penuaan. Tomato bertindak meningkatkan kelembapan kulit, pengeluaran kolagen dan menguatkan sel-sel tisu kulit anda. Tomato enak di makan segar, sebagai salad atau di dalam masakan lain. Biasakan diri dengan makan separuh buah tomato dan separuh lagi digosok ke muka atau bahagian kulit yang lain.


 Arnab Mencicit ^_^

3 comments :

  1. dan juga kolagen rumpai laut he3......

    ReplyDelete
  2. jerawat?? haha..nasib dah lepas zaman adolescent ...

    Perlu ke Free Education di Malaysia

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

    ReplyDelete
  3. dan jangan stress kalau tak jerawat senang tumbuh..hehe

    ReplyDelete