Psikologi ~


Psikologi Mempengaruhi Seseorang.


 Hai. Assalammualaikum :)

Semua yang dibawah ni boleh dilakukan dalam kehidupan biasa. Semua orang pernah buat semua benda ni cuma tak perasan saja. Sesuai digunakan apabila seseorang meluahkan perasaan, masalah dan apabila meminta sesuatu dari orang lain. Boleh diguna untuk memikat hati someone special :D  Semua cara nie tak merbahaya kepada seseorang terutama keyakinan seseorang. Banyak lagi cara untuk mendapat kawan tanpa membuat seseorang rasa teruk dan menjadi lebih teruk.


1. MINTA PERTOLONGAN.

Minta seseorang melakukan sesuatu untuk kita. Contoh : Lelaki A meminta Lelaki B untuk meminjamkan buku yang special dan susah untuk didapati dan apabila buku itu diterima Lelaki A mengucapkan terima kasih yang sejujurnya. Hasilnya, Lelaki B yang tidak pernah nak bercakap dengan Lelaki A akan mula bercakap dan semakin lama mereka menjadi kawan baik.Situasi ini boleh dilakukan untuk memulakan persahabatan dengan seseorang.

2. MEMUJI.

Memuji ni memang nampak tak sesuai pada mulanya, tapi ada kebaikan memuji ni. Untuk permulaan, penting untuk kita tahu kalau memuji ni nampak tak ikhlas , akan menghasilkan banyak keburukan dari kebaikan. Tetapi kebanyakan orang yang dipuji, akan memberi reaksi yang positif. Contoh : Lelaki A seorang yang mempunyai keyakinan yan tinggi dan suka menguruskan dan menyusun perasaan dan fikiran dalam satu cara yang sama. Lelaki B seorang yang suka memuji. Lelaki B memuji lelaki A yang mempunyai keyakinan tinggi, Lelaki A akan lebih mudah berinteraksi bersama kerana Lelaki B menilai dan tahu pasal lelaki A sebagaimana lelaki A rasa menilai dirinya.

3. KEPENATAN.




Minta pertolongan apabila seseoran itu penat. Bila seseorang itu penat, dia akan lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan apa yang dia dengar sama ada dalam bentuk pernyataan atau permintaan. Sebabnya ialah bila seseorang penat, bukan sahaja fizikal badan yang terganggu tetapi level mental seseorang juga akan menurun. Apabila meminta pertolongan seseorang yang penat, dia tak akan bagi jawapan yang pasti tetapi lebih kepada 'esok/nanti saya buat', kerana dia tak nak membuat keputusan. Keesokan hari, dia akan melakukan pertolongan itu, kerana manusia selalu berpegang kepada kata2; psikologi semulajadi apabila seseorang mengatakan akan melakukannya.

4. DIAM.

Kita tak perlu memberitahu seseorang itu salah kerana benda ini akan memberi keburukan. Ada cara untuk menunjukkan ketidaksefahaman dan menukarkan ia menjadi perbualan yang sopan tanpa memberitahu bahawa mereka salah dan akan menyerang ego mereka. Manusia ada ego, tinggi dan rendah ego berbeza tapi ego nie berbahaya. Daripada kita bertekak kerana salah faham itu, baik kita dengar apa yang mereka cakap, fahami percakapan itu untuk mengetahui perasaan dan sebab mereka. Lepas itu, kita jelaskan perkara yang kita nak kongsi dan gunakan sebagai starting point untuk menjelaskan keadaan kita. Ini membuatkan mereka tertarik untuk mendengar dan membenarkan kita untuk membetulkan kesalahan mereka tanpa memalukan mereka. 




5. TURUN DAN NAIKKAN KEPALA (ANGGUK/NOD)
Apabila seseorang mengangguk sementara mendengar sesuatu, orang itu lebih cenderung untuk bersetuju dengan perkara yang didengar. Apabila sesorang dihadapan kita, mengangguk dengan kerap, semulajadi kita akan membuat perlakuan yang sama, kerana manusia selalu meniru perbuatan seseorang(mimicking).Kalau nak jadi seseorang yang meyakinkan, angguk secara biasa sepanjang perbualan. Orang yang kita cakap akan terikut dengan perbuatan kita dan akan mula setuju dengan apa yang kita perkatakan tanpa disedari.

10 comments :

  1. senang dipsiko..huhu.. orang yg pandai psiko ni mmg bijak..pandai guna peluang yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang yang ada mesti diambik. kalau tak nnti rugi :D

      Delete
  2. Tima kasey sebab follow blog zura. Zura dh follow ur blog jp td.

    ReplyDelete
  3. agak2 kalau mkn arnab hari2 boleh hilangkan ego tak?ehehe kalau boleh sy nk mkn arnab hari2 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan arnab sedap la. Ego tak tahu la boleh buang ke tidak. hehe.

      Delete
  4. psikologi ni bidang yg mncabarkan..tak terhad pada tingkah laku manusia je tapi juga tentang kehidupan keseluruhannya..

    ReplyDelete
  5. betul tu cik nab.. kaedah psikologi ni memang berkesan untuk mencairkan ego atau memujuk seseorang.. aiza pun pernah cuba.. hehe.. :D

    ReplyDelete